Sunday, 24 February 2013

PUDING RUMPAI LAUT



Bahan - bahannya :-
2 gelas jeli (yang sudah direbus)rumpai laut
6 camca susu tepung
4 gelas air kosong
*Kalau tidak gemar menggunakan susu tepung, boleh guna susu penuh krim - 4 gelas
1/2 gelas gula
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil perisa (perisa apa2 jer boleh KECUALI kopi / teh / berkarbonat )
Sedikit pewarna mengikut perisa
*Boleh tambah koktil jika memerlukan

Caranya: -
1. Susu tepung + air dicampurkan dan masak atas api sederhana hingga mendidih
2. Masukkan jeli rumpai laut dan biarkan ia masak sehingga menjadi pekat sedikit.
3. Masukkan gula + vanila + perisa dan pewarna. (Tapi kalau nak wat banyak2 perisa...campur perisa + pewarna dalam bekas asing setelah dah masak)
4. Bila dah masak, tuangkan dalam bekas dan biarkan sejuk
5. Simpan di dalam peti sejuk dan boleh lah di makan.


KADANG-KADANG BOSAN MAKAN JELI PURE MARINE COLLAGEN KOSONG GTU JE KAN, CAMPUR SUNQUICK PUN BOSAN, SO INILAH UBAT DIA. CUCA DAN TERNYATA ANDA AKAN KETAGIH

MASKER RUMPAI LAUT


1.       Selepas rumpai laut direbus, tapiskan terlebih dahulu
2.       Sisa tapisan / agar-agar rumpai laut digunakan untuk membuat masker
3.       Bersihkan muka terlebih dahulu
4.       Sapukan pada muka dan leher
5.       Tunggu sehingga masker kering dalam 30 minit
6.       Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
7.       Bersihkan muka, anda akan rasa kulit lembab gebu, cerah dan tegang walaupun dengan pemakaina masker pertama kali.
·         Air rendaman semalaman rumpai laut juga boleh digunakan untuk membuat masker

ADA PERSOALAN MENGENAI KESAN PENGGUNAAN MASKER INI (AWAL PENGGUNAAN), JERAWAT MEREKA SEMAKIN BANYAK, ITU MENANDAKAN TINDAKBALAS PURE MARINE COLLAGEN (HEALING CRISIS UNTUK NYAHTOKSIN DALAM KULIT), TERUSKAN MEMAKAI MASKER PURE MARINE COLLAGEN, IN SHA ALLAH JERAWAT ANDA AKAN KECUT DAN HILANG, KULIT ANDA AKAN TERASA LEBIH HALUS DAN ANJAL


Saturday, 23 February 2013

PROMOSI BR1M UNTUK GRED AAA (UNGU)

PEKET 1KG X 30 PEKET = RM35 / PEKET TERMASUK POSLAJU
PEKET 1KG X 50 PEKET = RM30 / PEKET TERMASUK POSLAJU

HUBUNGI KAMI:
FARHAN - 0197270656
AKMAL - 0197900656

Kampung Pangi, Kunak ( Rumpai Laut Asli )



 Kampung Pangi merupakan salah satu perkampungan nelayan di daerah Kunak ni, aktiviti mereka termasuklah mengusahakan perniagaan rumpai laut. Sempat saya dan isteri ke sebuah rumah yang menjalankan perniagaan ini, dialah yang tanam dialah yang jemur, dialah yang eksport, eksport rumpai laut mereka sampai ke Jepun bah. Tapi sayang semasa kami sampai mereka kurang melakukan aktiviti penuaian kerana air yang kuat bergelora. Walaupun gagal nak menyaksikan sendiri cara menghasilkan rumpai laut kering yang kami jual tu, kami berterima kasih kerna tuan rumah melayan dan menjawab segala soalan kami. Kampung Pangi ni air nya cukup bersih berbanding sesetengah tempat di Daerah lain di Negeri Sabah ni. So, anda semua dah tau kan, kami memang membekalkan rumpai laut asli yang berkualiti tinggi dari Kunak Sabah

Selingan Mabul Island


setelah didesak rakan-rakan untuk mencuba keseronokan BERsnorkelling di Pulau Mabul, akhirnya berjaya saya dan isteri menjejakkan kaki ke pulau tersebut pada cuti sekolah awal Februari yang lepas, saya kongsikan sedikit pengalaman ketika berada di sana...
 Muka isteri masam angkara gagal duduk bersebelahan suami tercinta, gambar dirakam ketika mula menaiki bot laju di Jeti Semporna. Pakej yang kami cuba adalah pakej sehari Uncle Chang (RM100 per head) termasuk bot laju pergi balik, dari jeti ke Mabul, makan tengahari dan snorkelling 3x (tapi kami pergi 2x je, bini takut air, keh keh keh).

 Masa ni baru sampai kt jeti Uncle Chang Resort, Subhanallah, sunguh cantik ciptaan Tuhan, air yang tersangat jernih walaupun hari tu hujan turun, nak bermalam kat sini pun boleh, tapi kami ni kan rumah berdekatan dengan Semporna, lebih elok balik terus je, jimat. hehehe.. Lepas snorkelling, kami pusing-pusing kampung, hajt dihati nak la cari orang-orang kampung yang jual hasil laut, tapi tak diketemui, yang jumpa kanak-kanak riang kat bawah ni.

Ni masa tunggu bot nak balik, si dia ni dah xsabar nak balik, saya pun xsabar sebenarnya, nak g makan lobster plak ni..Lepas maghrib terus ke Restoran Tampi-Tampi, sesat jugaklah nak sampai sana. Tapi hasilnya dibawah ni, alhamduliilah
yang kuning tu lobster yang dipotong sudah, Masak butter basah la sedap kata pelayan restoran, terus kami cuba dan memang terbaik..Habis makan ape lagi, pulang ke rumah la yang memakan masa 45minit dari Semporna

Salam 1 Malaysia



Ini adalah rupa bentuk rumpai laut yang belum dijemur. Bewarna kehijauan dan orang di Kunak Sabah ini lebih senang memanggilnya dengan nama agar-agar. Agak senang untuk dicari bukan sahaja di Kunak malahan di Tawau dan Semporna. Ramai yang membeli rumpai laut ini untuk dibuat kerabu. 

Thursday, 14 February 2013

how??Minum ka telan ka mamah ka??




Cara Penggunaan Pure Marine Collagen :
  
1.             Basuh kolagen mentah (100gram), ramas seperti basuh beras 5-6 kali. 
2.             Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3.             Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4.             Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus (lebih baik letak daun pandan kalau tak nak ada bau rumpai tu)
5.             Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 3-4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker


Cara Pengambilan :
1.             Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2.             Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah
3.             Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat